Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman - 28 Julai 2016

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred KP11 :RM1,205.00)
atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
dan

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa manarik nafas

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Julai 2016





Sejarah

Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1947 merangkumi Negeri Kedah Darul Aman dan Perlis, dikenali sebagai Bahagian Parit dan Tali Air Kedah/Perlis dan beribu pejabat di Alor Setar.

Pusat pentadbiran di Balai Seni Negeri sekarang yang diketuai oleh seorang Jurutera Negeri. Kawasan yang terlibat dalam penerokaan awal jabatan ini adalah Kubang Pasu dan Wan Mat Saman. Empat buah pejabat di bawah kawalannya ialah Kedah Utara di Jitra, Kedah Tengah bertempat di Alor Setar, Kedah Selatan di Sungai Petani dan Negeri Perlis ditempatkan di Kangar.