Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara - 7 Ogos 2016

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29

3. PENOLONG AKAUNTAN W29

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

5. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2016





Sejarah LKTN

Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Akta 111 bertujuan menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri pengeluaran tembakau, dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan Lembaga dan industri itu.

Berikutan kesan persaingan perdagangan terhadap industri tembakau ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan polisi Kerajaan yang menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau serta pematuhan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan telah mengenal pasti satu sumber pertumbuhan baru untuk dibangunkan yang berpotensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Sehubungan itu, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan industri tembakau. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau, membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan mengadakan peraturan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.

Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara


Post a Comment