Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor - 6 Ogos 2016

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Pelabuhan Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41 (AUDITAN)

2. SETIAUSAHA PEJABAT N29


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Ogos 2016






Sejarah Penubuhan

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah memulakan operasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas. Semenjak penubuhannya, LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawal selia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.

Di atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan kedua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.

Lembaga Pelabuhan Johor juga bertanggungjawab untuk menguruskan Terminal Feri Tanjung Belungkor (TFTB) di Kota Tinggi dan Terminal Feri Changi (TFC) di Singapura. Kedua-dua terminal telah dibina bagi memajukan aktiviti pelancongan di Desaru dan telah mula beroperasi pada 8 September 1993. Perkhidmatan feri RORO pertama telah dijalankan oleh Syarikat Ferrylink sehingga 8 April 2002. Pada masa ini perkhidmatan feri RORO telah dihentikan dan hanya feri penumpang yang berjadual sahaja beroperasi di antara kedua-dua terminal. Kini perkhidmatan feri penumpang disediakan oleh Syarikat Limbungan Maju. Sementara Terminal Feri Tanjung Belungkor kini diuruskan oleh Syarikat Marina Island Venture Capital Sdn. Bhd.

Selain daripada laluan ke Terminal Feri Changi di Singapura, Terminal Feri Tanjung Belungkor juga memberikan perkhidmatan feri penumpang bagi laluan ke Batam dan Tanjung Pinang di Indonesia.