Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Manjung - 1 Aug 2016

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Manjung | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuat turun melalui portal dengan melayari http://www.mpm.gov.my, Majlis Perbandaran Manjung atau melalui link di bawah. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan / akademik yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran passport dan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 33sm X 23sm.

Pemohonan rakyat Negeri Perak yang lahir di luar Perak, sila kemukakan salinan Kad Pengenalan bapa yang telah disahkan.

Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
v) tidak ditandatangani.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2016





Latar Belakang

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-

  • Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
  • Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
  • Kawasan Kawalan (121.35 km persegi) 



Post a Comment