Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 3 Ogos 2016

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran
dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi kami ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta menambahbaik perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek.

Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur.


Jawatan:

1. PEGAWAI PEMERIKSA PATEN

2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)



Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2016






Latar Belakang

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.

Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

Objektif
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan;
Memperkukuhkan perundangan harta intelek;
Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna;
Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek; dan
Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.

Akta-akta
Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617);
Akta Cap Dagangan 1976 (Akta 175);
Akta Paten 1983 (Akta 291);
Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 (Akta 552);
Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602).
Akta Hakcipta 1987 (Akta 332);
Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 (Akta 601);

Struktur Organisasi
Pengurusan Perbadanan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan 

Ketua Pengarah.
Struktur organisasi Perbadanan mengandungi bahagian-bahagian dan unit-unit seperti berikut:-

Bahagian Paten;
Bahagian Cap Dagangan;
Bahagian Reka Bentuk Perindustrian;
Bahagian Petunjuk Geografi;
Bahagian Hakcipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu;
Bahagian Perancangan dan Khidmat Korporat;
Bahagian Khidmat Pengurusan;
Bahagian Teknologi Maklumat;
Bahagian Komunikasi Korporat;
Unit Nasihat Perundangan;
Unit Audit Dalam;
Setiausaha Perbadanan;
Pusat Latihan Harta Intelek;
Pejabat MyIPO Zon Selatan (Johor Bahru)
Pejabat MyIPO Zon Pantai Timur (Kuantan)
Pejabat MyIPO Zon Utara (Penang)
Cawangan Melaka
Cawangan Sabah; dan
Cawangan Sarawak.


Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Post a Comment