Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 16 January 2017

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jawatan Kosong


Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Dalam keghairahan umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, mereka kini berhadapan dengan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ditambah pula dengan maklumat yang disalah tafsir oleh media massa yang membawa kesan negatif kepada umat Islam.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.



Jawatan:


1. EKSEKUTIF PEMASARAN GRED 29




Tarikh Tutup Permohonan : 16 January 2017