Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) - 27 January 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Latar Belakang

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (singkatan MITI, daripada Ministry of International Trade and Industry) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.




Jawatan:


1. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)


Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Kelayakan Lantikan Ke Gred N11 :

Kelayakan Masuk :
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan : Gred N11: RM1,216.00 ATAU

Kelayakan Masuk :
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. Gaji Permulaan : Gred N11: RM1,262.15 DAN

d) Syarat Lantikan Tambahan

Syarat Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat menggunakan borang seperti dilampiran. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 23, Menara MITI,
No.7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.




Tarikh Tutup Permohonan : 27 January 2017




Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment