Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Besut (MDB) - 2 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Daerah Besut (MDB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Besut (MDB)



Latar Belakang

Pada 18hb. Julai 1996 melalui Warta Kerajaan N0. 908 kawasan pentadbiran MDB diperluaskan menjadikan luas keseluruhan kawasan Majlis berjumlah 123.367.8 km persegi.

Terdapat 3 buah bandar utama dan 4 buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Bandar-bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut, manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah.

Walaubagaimanapun, luas kawasan operasi Majlis adalah kira-kira 73.82 km persegi sahaja atau meliputi 90% daripada keseluruhan kawasan Majlis.

Bilangan penduduk dalam kawasan Majlis pada tahun 1991 adalah dianggarkan seramai 53,793 orang atau 55% daripada keseluruhan penduduk Daerah Besut dan terdiri daripada 95% Melayu, 4% China dan 1% lain-lain Bangsa.

Bilangan bangunan (holding) yang boleh dikenakan kadar di dalam kawasan Majlis adalah kira-kira 10,122 unit terdiri daripada bangunan-bangunan kediaman (9,622 unit) dan kedai (500 unit). Majlis juga mengenakan kadar bagi bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun yang berjumlah 279 unit.


Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29


Cara Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Kaunter Bersepadu, Pejabat Majlis Daerah Besut. Iklan ini boleh dilayari di Portal Rasmi Majlis Daerah Besut.


2. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BESUT
22200 BESUT
TERENGGANU
(U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

3. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan diri;

(ii) Sijil Kelahiran;

(iii) Sijil-Sijil Persekolahan;

(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma) mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;

(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma sebenar masih belum diterima);

(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport; dan

(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).



Tarikh Tutup Permohonan : 02 February 2017




Post a Comment