Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 10 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)


Latar Belakang

Bagi merealisasikan masa depan yang lestari, ibu pejabat baharu Laman PKNS di Shah Alam dibina sebagai mercu tanda ikonik, satu simbol progresif dan dinamik dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Ianya mesra alam dan aspirasi PKNS untuk mencapai pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan Negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di Selangor.

Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.


Jawatan:


1. PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN J41


2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29


3. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) JA29


4. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29


5. PENOLONG JURUUKUR JA29


6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11



Cara memohon:

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang dari emel bsm@pkns.gov.my berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan (borang boleh di muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah). Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4 Blok B
Laman PKNS, No 2 Jalan Indah 14/8
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Permohonan daripada anggota yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing.



Tarikh Tutup Permohonan : 10 February 2017

Post a Comment