Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - 10 January 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - 10 January 2017

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Jawatan Kosong


Latar Belakang

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan tahun 1950 yang telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangun aset strategik bagi pihak kerajaan negeri, dengan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan aset dan penglibatan komersial yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan, pembentungan, multimedia dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK telah didokong oleh 16 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn Bhd, Kifaalah Sdn Bhd, Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, PMBK Development Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, Kelantan Gold Trade Sdn Bhd, Majaari Services Sdn Bhd, Baldah Toyyibah (Prasaranan) Kelantan Sdn Bhd, Air Kelantan Sdn Bhd, PMBK Az-Zahan Sdn Bhd, Sihhat-Afiat Sdn Bhd, Xcell Bio-Resources Sdn Bhd, Kel-Intaaj Sdn Bhd, Kelantan ICT Dateway Sdn Bhd dan Invest Kelantan Bhd.



Jawatan:


1. PEMBANTU TADBIR AUDIT DALAMAN (KONTRAK)




Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2017

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - 10 January 2017"

Post a Comment