Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) - 28 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)


Latar Belakang

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang melalui sekolah agama kerajaan negeri Johor. Kemudian satu sistem pendidikan agama di peringkat rendah yang lebih sistematik telah diperkenalkan melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Seterusnya pendidikan agama di peringkat menengah juga dibangun dan dikembangkan. Boleh dikatakan sistem pendidikan agama di negeri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.



Jawatan:


1. PENSYARAH GRED DM41/DM45 - 6 Kekosongan


2. KAUNSELOR GRED  S41 - 1 Kekosongan


3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED  F41 - 1 Kekosongan


4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED  J19 - 1 Kekosongan


5. PEMBANTU TADBIR GRED  N19 - 2 Kekosongan


Cara-cara memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (sila download di dalam website: www.marsah.edu.my) atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dalam HURUF BESAR dengan jelas dan terang.

Sila hantarkan permohonan ke alamat seperti berikut:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
JALAN HEMAN, KG. AMAN, LARKIN JAYA
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru sebelah kiri sampul surat anda.

Catatan Am:

Permohonan yang berikut akan DITOLAK :

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup
Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
Tidak menggunakan borang yang telah ditetapkan
Tidak Lengkap atau tidak terang
Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
Tidak ditandatangani.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Segala urusan dan perbelanjaan temuduga ini adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.

iv. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas iklan jawatan ditutup dianggap tidak berjaya.



Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2017


Post a Comment