Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Setiu (MDS) - 21 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Daerah Setiu (MDS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Setiu (MDS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Daerah Setiu (MDS)


Latar Belakang


Majlis Daerah Setiu terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.Kedudukannya adalah lebih kurang 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 40 kilometer dari bandar Jerteh.

Sejarah Penubuhan

Majlis Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 Jun 1985 mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 335 bertarikh 6 Jun 1985 dan merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke 7 bagi negeri Terengganu.

Keluasan

Luas kawasan pentadbiran pada masa itu adalah 76.69 km persegi. Namun mulai 18 Julai 1996, seluruh kawasan Daerah Setiu telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Daerah Setiu sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 907 dan menjadikan luas kawasan Majlis Daerah Setiu bertambah kepada 1304.36 km. persegi (10.07 % daripada keluasan negeri Terengganu).



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29


2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP ja29


3. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) Ja29


4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


5. PEMBANTU OPERASI H11



Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDS. TR. 1 yang boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Setiu http://mds.terengganu.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah

Permohonan hendaklah disertakan satu salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan seperti berikut:-

(i) Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Surat Berhenti Sekolah yang disahkan

(ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan

(iii) Diploma (salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA)

(iv) Kad Pengenalan Ibubapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu. Dan ;

(v) Sekeping gambar warna (terkini) berukuran passport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)

[Pegawai yang layak untuk buat pengesahan ialah Pegawai Kerajaan Kumpulan ‘A’, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu, Pengerusi JKKK, Pegawai Polis berpangkat ASP Keatas, Pegawai Tentera berpangkat kapten atau setaraf dan keatas]

Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (termasuk Kenyataan Cuti) serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.

Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan
(borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).

Tarikh tutup permohonan termasuk permohonan melalui pos hendaklah di terima oleh Majlis Daerah
Setiu selewat-lewatnya sebelum/pada 21 Februari 2017

Permohonan yang di terima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak
dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak
berjaya.

Borang permohonan yang lengkap sempurna diisi hendaklah di hantar ke alamat di bawah dan sila
nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kiri penjuru sampul surat;

Yang Dipertua, Majlis Daerah Setiu, Wisma NDS
22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Majlis Daerah Setiu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan
menghadiri temuduga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian no. 09 6099377 / 09 6099434 (sambungan Pengurusan Sumber Manusia)



Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2017



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Post a Comment