Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Terengganu (YIT) - 28 Februari 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Yayasan Islam Terengganu (YIT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Yayasan Islam Terengganu (YIT)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Yayasan Islam Terengganu (YIT) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Sejarah Penubuhan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bermula daripada resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 3 Ogos 1973. Salah satu rumusan penting yang diputuskan di akhir seminar itu yang berbunyi: "Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan di luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Sementara itu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan satu undang-undang menjadi "Badan Berkanun" Yayasan Islam Terengganu Enakmen Bilangan 1, Tahun 1974 pada 2 April 1974. Pelancaran rasmi penubuhan Yayasan Islam Terengganu ialah pada 9 Ogos 1976 oleh Almarhum D. Y. M. M. Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pada 1 April 1978, Yayasan Islam Terengganu mula mengambil pegawai dan kakitangan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Pada 2 Oktober 1996, organisasi ini telah berpindah ke Menara Yayasan Islam Terengganu, Tingkat 10 & 11, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Manakala perasmian Menara Yayasan Islam Terengganu dilaksanakan oleh Armarhum D.Y.M.M. Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tanggal 27 Februari 1997.

Bangunan baru ini menjadi mercu tanda kegemilangan perkembangan Islam yang dimainkan oleh Yayasan Islam Terengganu. Ia juga menjadi pendorong kepada semua pegawai dan kakitangannya untuk mempertingkatkan lagi usaha dan dedikasi mereka dalam memikul serta melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh Yayasan Islam Terengganu.



Jawatan:


1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41


2. GURU SANDARAN GRED DC41


3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29


4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29


5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29


6. PEMBANTU KHAS/ PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19


7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19


Cara membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah menggunakan borang Yayasan Islam Terengganu yang boleh diperolehi secara percuma di Ibu Pejabat Yayasan Islam Terengganu, Tingkat 11, Menara Yayasan Islam Terengganu (Unit Perjawatan). Borang juga boleh didapati dengan memuat turun daripada Laman Web Yayasan Islam Terengganu : http://www.yit.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang YITR.01/2017. Pemohonan yang menggunakan borang selain daripada yang dinyatakan akan ditolak.



Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2017



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment