Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 21 February 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 21 February 2017

Temuduga Terbuka Terkini 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk menghadiri temuduga terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Temuduga Terbuka Terkini 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


History

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.


Fungsi PTPTN :

Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;

Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan

Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.


Jawatan:


1. EKSEKUTIF PEMASARAN


Tarikh temuduga terbuka :

21 Februari 2017 / Selasa


Masa:

Sesi pagi : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga pukul 11.30 pagi)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 6.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 2.30 petang – 4.30 petang)


Lokasi Temuduga:

Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Perak
Cawangan Manjung
Giant Hyper Market Manjung
Lot A08, Mukim Lumut Daerah Manjung
32040 Manjung
PERAK



Syarat Kelayakan:

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur 18 tahun atau kurang daripada 45 tahun pada pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Keutamaan diberi kepada calon :

 Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
 Perwatakan menarik.
 Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
 Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
 Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
 Berkebolehan menganalisa dengan baik.
 Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.



0 Response to "Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 21 February 2017"

Post a Comment