Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 13 March 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 13 March 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Majlis Perbandaran Alor Gajah www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Adalah menjadi harapan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada masyarakat di bawah kawasan tadbirnya. Justeru itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah akan memaksimakan segala usaha-usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran.



Jawatan:


1. AKAUNTAN WA41


2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29


3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29


4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19


Syarat Kelayakan:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA



Tarikh Tutup Permohonan : 13 March 2017


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 13 March 2017"

Post a Comment