Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 31 March 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 31 March 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.


Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENGANGKUTAN) N29


2. WARDEN ASRAMA N19


3. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19


4. PEKERJA SAMBILAN HARIAN


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di nsc.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah,

Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti berikut:-

Salinan sijil PMR/SPM/STPM dan setaraf;

Salinan Diploma/Ijazah dan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;

Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

Salinan kad pengenalan.

Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.


Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 March 2017 melalui emel recruitment@nsc.gov.my


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 31 March 2017"

Post a Comment