Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Pengenalan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan pada 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 1984) Akta 244 (Pindaan Akta A589). FINAS mula beroperasi pada 1 November 1981 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia . Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Setelah itu, bermula pada 27 Mac 2004, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).
Mulai 9 April 2009, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Pada 15 Mei 2013, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jawatan:
1. PENOLONG JURUAUDIT (W29)
Cara Memohon:
Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKFNM 1/96 yang boleh didapati di Ibu Pejabat FINAS atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.
Permohonan hendaklah disertakan dengan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan serta gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 17 March 2017
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS) KOMPLEKS STUDIO MERDEKA LOT 1662, BATU 8, JALAN HULU KELANG 68000 AMPANG SELANGOR (U.P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Post a Comment
Post a Comment