Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) - 21 March 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973.

Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Khutub Khanah Umum Kuantan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah.

Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang ke semua 11 Daerah di Negeri Pahang dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Perpustakaan Bergerak (Pinjaman kelompok) dan Perpustakaan Desa. Sehingga kini, PPAP mempunyai 1 buah Perpustakaan Negeri, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 29 buah Perpustakaan Desa Negeri, 32 buah Perpustakaan Desa PNM, 1 Unit Bas bergerak Multimedia e-Pustaka dan 7 unit Perpustakaan Bergerak yang kini menjalankan perkhidmatan pinjaman kelompok di luar bandar di seluruh Negeri Pahang.



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19


3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19


4. PEMBANTU OPERASI N11



Cara Memohon:

1) Borang permohonan jawatan (BPJ.2017) boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ( www.pahanglibrary.gov.my ).

2) Bagi mereka yang sedang berkhidmat hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) (Pahang) 2016 Peraturan18. Pastikan Pengesahan Ketua Jabatan (BPJ.KJ Lampiran A & Lampiran B) yang juga boleh dimuat turun melalui laman web rasmi perbadanan dihantar bersekali dengan borang permohonan jawatan (BPJ.2017) atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

3) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara atau dokumen-dokumen seperti berikut :-

(i) Gambar berukuran pasport;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(v) Salinan Sijil Peperiksaan; dan
(vi) Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

4) Setiap salinan dokumen hendaklah diakui sah.

5) Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :-

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Kemunting
25100 Kuantan.
U.P: Bahagian Khidmat Pengurusan


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.



Tarikh Tutup Permohonan : 21 March 2017




Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment