Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 14 April 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..


Jawatan:

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 - 21 Kekosongan


Penempatan:

Selangor (3 kekosongan), Pahang (5 kekosongan), Perak (6 kekosongan), Negeri Sembilan (3 kekosongan), Johor (2 kekosongan) dan Kelantan (2 kekosongan)


Syarat Kelayakan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


Berkelulusan:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah, serta lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi) [Gaji Permulaan : RM1,352.00]; atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,408.40]; atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,464.80]; dan

Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan:

Permohonan oleh lepasan Sekolah Aliran Agama;

Pemohon lelaki;

Masyarakat asli peribumi yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon; dan


Boleh berinteraksi dengan masyarakat asli peribumi dan bertugas di kawasan pedalaman.


Cara-Cara Memohon:

Sila kemukakan ‘resume’serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment