Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS) - 25 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS)


Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994.

Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (TETAP)

2. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED JA29 (TETAP)

3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 (KONTRAK)

4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 (TETAP)

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (KONTRAK)

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (TETAP / KONTRAK)

7. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 (TETAP)

8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 (TETAP)

9. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (TETAP)

10. PEMANDU KENDERAAN GRED H11(TETAP)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 April 2017 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Baca Cara Memohon