Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 14 April 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 14 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Read more..


Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

2. AKAUNTAN WA41

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA W29

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN KP19

6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN N19

7. PEMBANTU PENGUATKUASA S19

8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

9. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19


Cara-Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

ii. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta

iv. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

vi. Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem  RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

Alamat permohonan:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P  : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017


Klik Untuk Muatturun Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 14 April 2017"

Post a Comment