Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 28 April 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Pusat Kutipan Zakat Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Jawatan Kosong 2017 di Pusat Kutipan Zakat Pahang www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang. 


Jawatan:

1. PEGAWAI SUMBER MANUSIA ( TETAP )

2. PENOLONG PEGAWAI DAKWAH ( TETAP – WANITA )

3. PEMBANTU TADBIR ( TETAP – LELAKI )


Cara Memohon

i. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

ii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan resume, sekeping gambar ukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, sijil lahir pemohon, ibu dan bapa, sijil-sijil kelayakan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang diakui sah kepada alamat berikut :

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan


iii. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 April 2017

Post a Comment