Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 8 April 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 8 April 2017

Temuduga Terbuka 2017 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk menghadiri temuduga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Temuduga Terbuka 2017 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) www.banyakjawatan.my


Sejarah

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.


Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Baca lagi..


Jawatan:


1. PEMBANTU AWAM GRED H11
(Penyelenggara Rumah Rehat DBKL) (Kontrak/Tetap) (Lelaki Sahaja)


Tarikh temuduga terbuka:

8 April 2017 (Sabtu)


Masa:

8.15 Pagi - 10.15 Pagi


Lokasi Temuduga:

Bilik Perbincangan
Kondominium By The Sea,
Jalan Batu Feringhi,
11100 Pulau Pinang


Syarat Kelayakan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat sekurang-kurangnya `C` (kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan pangkat `D` (lulus) dalam 4 mata pelajaran yang lain termasuk matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan mendapat sekurang-kurangnya `C` (kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan pangkat `E` (lulus) dalam 4 mata pelajaran yang lain termasuk matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(iii) Memiliki lesen memandu Kelas B2, D dan mempunyai kenderaan sendiri.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Syarat Tambahan: Keutamaan adalah kepada calon-calon yang berpengalaman dalam bidang ‘Housekeeping’).

Umur:

Calon-calon hendaklah berumur 18 tahun sehingga 35 tahun SAHAJA pada tarikh temu duga diadakan.


Sila bawa dokumen berikut semasa temu duga:

(i) kad pengenalan (asal);

(ii) sijil kelahiran (asal);

(iii) sijil PT3/PMR/ (asal) - slip salinan keputusanPMR/PT3 tidak diterima;

(iv) sijil-sijil persekolahan (asal);

(v) lesen memandu (asal);

(vi) sekeping gambar terbaru berukuran pasport;

(vii) salinan/fotokopi sijil pmr/pt3, sijil-sijil persekolahan, lesen memandu dan semua dokumen di atas yang telah disahkan; pakaian: seluar panjang, baju kemeja dan kasut hitam bertutup.

(Kegagalan tuan/puan menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan tuan/puan tidak dibenarkan untuk menjalani temu duga terbuka ini).


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 03-26179609/9612/9613


0 Response to "Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 8 April 2017"

Post a Comment