Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) - 3 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada waktu itu terdiri daripada Mr. A.C. Baker (Penasihat British), Mr. Gordon Hal, Mr. C, Crae dan YM Tengku Mahyideen. Bantuan sebanyak RM 1,000.00 setahun diterima dari Kerajaan Negeri dari tahun 1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara tahun 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500.00 dari Kerajaan Negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Manakala pada 1964, peruntukan telah bertambah kepada RM 5,000.00. Mulai 1hb Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967.

Dengan berkuat kuasa Enakmen No. 14 Tahun 1973, Perpustakaan Umum Carnegie mula dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pada masa itu, perpustakaan hanya di kendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978. sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM 5,000.00 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 – 1982 iaitu RM 35,000.00 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang. Baca lagi..


Jawatan:

1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29


Syarat Lantikan:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

c. i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

 iii) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95)


Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPAK 1/2017 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan harga RM2.00.

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan/ surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah di sahkan.

iii) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.


Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 June 2017



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment