Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka - 1 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka


Sejarah UiTM Melaka

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.


Jawatan:

1. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)


Fakulti:

i) Akademi Pengajian Bahasa
Bidang : Bahasa Inggeris

ii) Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Bidang : Pengajian Islam


Cara membuat permohonan:

Borang Perjawatan UiTM Melaka boleh diperolehi di Pejabat Am, Bahagian Pentadbiran, UiTM Caw. Melaka Kampus Jasin. Borang boleh juga dimuat turun di laman web UiTM Melaka www.melaka.uitm.edu.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

- Kad Pengenalan
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Melaka

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
UiTM CAW. MELAKA KAMPUS JASIN
77300 MERLIMAU
MELAKA

NO TEL : 06-264 5000 / 5012 / 5015


Tarikh Tutup Permohonan : 01 June 2017

Post a Comment