Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 5 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) www.banyakjawatan.my


Tentang JPNIN

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra.

Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama – Kampus Darul Aman di Jitra – pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan bagi menyambut ketibaan sekumpulan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984. Kampus tersebut didirikan di atas satu kawasan seluas 62 ekar di Bandar Darulaman, iaitu 18 km ke Utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra.



Jawatan:


1. PEGAWAI FARMASI GRED UF41


Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UF41 : RM2,740.00); DAN
 
ii) Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Fungsi Bidang Tugas:

Umum

1. Bertanggungjawab berkhidmat di hospital kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi termasuk perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.

2. Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran atau terlibat dengan pengawalan farmaseutikal kebangsaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti perlesenan.


Cara Memohon:

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/ - link admin sediakan di bawah
 
Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
 
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Jun 2017 (Isnin)  

Post a Comment