Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT) - 14 June 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT) - 14 June 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Tangkak (MDT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Tangkak (MDT) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan di Peringkat Ketiga ataupun Kerajaan Tempatan selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula Penguasa Tempatan dalam tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Pada 01.01.2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203KM dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbiran meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015. Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN & PERSEKITARAN U32

2. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 June 2017


Klik Untuk Muatturun Iklan Lengkap

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT) - 14 June 2017"

Post a Comment