Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 16 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Jawatan Kosong 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 3 Kekosongan



Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Memiliki Kepujian (sekurang-kuranngya Gred C) dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Kemukakan resume berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan, salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat yang berikut:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5, BLOK E13, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Puan Mariati Binti Mohd Zaini)

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “ Pekerja Sambilan Harian” disebelah kiri atas sampul surat.


Pertanyaan:

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

1. Cik Nor Zalikha Binti Nasir
No Tel Pejabat : 03 8884 1239
E-mel : norzalikha.nasir@moe.gov.my

2. Puan Mariati Binti Mohd Zaini
No Tel Pejabat : 03 8884 1151
E-mel : mariati@moe.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 16 June 2017 (Jumaat) sebelum jam 12.00 Tengahari


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment