Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 13 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) www.banyakjawatan.my


Info LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia;

Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Menyebar pengetahuan, memberi didikan dan menggalakkan tingkah laku positif dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Bertanggungjawab melatih individu, yang terlibat dalam tugas-tugas berkaitan bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;


Jawatan:


1. JURURAWAT GRED U29


Syarat Lantikan :

a) Diploma dalam bidang Kejururawatan daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

b) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;

c) Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang masih berkuatkuasa; dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

e) Gaji = RM72.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);


Cara Memohon :

i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my

ii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak.

iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

iv) Sila guna borang berasingan jika memohon lebih dari satu jawatan. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat bersaiz A4 (225mm x 320 mm) dan alamatkan kepada :

Unit Pentadbiran Am dan Perhubungan Awam
Pusat Keluarga LPPKN Negeri Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16
Peti Surat 7080, 40702 Shah Alam
Selangor.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus di talian Unit Pentadbiran Am dan Perhubungan
Awam di talian 03-55101231 / 03-55110914.


Tarikh Tutup Permohonan : 13 June 2017 (Selasa)

Post a Comment