Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Muzium Negeri Pahang - 9 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Muzium Negeri Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Muzium Negeri Pahang

Jawatan Kosong 2017 di Muzium Negeri Pahang www.banyakjawatan.my


Sejarah

Muzium Sultan Abu Bakar ialah sebuah muzium di Pekan, Pahang, Malaysia yang memiliki himpunan barang-barang sejarah yang kaya. Terletak di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini mempamerkan barang-barang antik yang termasuk banyak barang-barang China kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, dan raja.

Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan dengan raja-raja kunonya, didokumenkan dengan baik dalam muzium ini. Bangunan muzium ini adalah tempat kediaman Residen British yang pertama di Pahang, dan bertarikh 1880-an. Sejak masa itu, bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun dan kemudiannya, sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

JENIS SKIM PERKHIDMATAN : Pelaksana
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Pentadbiran dan Sokongan (N)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00

Syarat Lantikan:

- Warganegara Makaysia;

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji Permulaan : RM1,352.00]

- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut).

TARAF JAWATAN : TETAP

TEMPOH PERCUBAAN : 1 hingga 3 Tahun


Cara Memohon:

(i) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dibeli daripada Bahagian Pentadbiran Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan dengan menyertakan kiriman wang pos bernilai RM 5.00 dan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri dan bersetem RM0.60 sen atau datang sendiri di alamat seperti di bawah.

(ii) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan mestilah telah disahkan dalam Perkhidmatan dan permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Laporan Prestasi Tahunan disertakan bersama.

(iii) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan semua sijil-sijil kelayakan yang telah disahkan seperti yang disyaratkan termasuk sekeping sampul surat berukuran 24 sm x 11 sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.60 serta hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat.

PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
PENGARAH
PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR


Catatan Am:

(i) Borang yang tidak lengkap diisi, tidak bertandatangan, yang mengisi 2 jawatan atau lebih dalam satu borang dan tidak mengikut syarat seperti dinyatakan dalam iklan akan ditolak dan tidak dipertimbangkan sama sekali.

(ii) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 09 June 2017

Post a Comment