Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 19 July 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL & ELEKTRIKAL) J29


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

- warganegara Malaysia;

- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

- diploma dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal atau Elektrikal) yang diiktiraf oleh

Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

- kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

- mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Julai 2017 (Rabu)

Post a Comment