Jawatan Kosong di Majlis Profesor Negara - 4 August 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Profesor Negara - 4 August 2017

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Profesor Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Profesor Negara

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Profesor Negara www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Dalam usaha kerajaan membangunkan negara khasnya dengan pendekatan model baru ekonomi baru serta proses mengukuhkan struktur sosial, sumbangan kumpulan pemikir untuk menyumbang buah fikiran dalam menambah nilai dan menjayakan program-program adalah amat diperlukan. Antara sumber utama daripada kategori inteligensia yang berpotensi untuk digembleng dan boleh memain peranan secara lebih berkesan adalah kalangan para profesor di Institusi Pengajian Tinggi.

Majlis Profesor Negara (MPN) telah diluluskan penubuhannya oleh Kabinet  pada tarikh 3 Februari 2010 sebagai projek khas dan dilancarkan pada 1 April 2010 di PICC oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Pelancaran ini menjadi titik tolak kepada penggabungan kepakaran 1,426 orang profesor yang dikumpulkan mengikut kepakaran masing-masing dan membuka peluang untuk mereka memberi sumbangan secara lebih strategik kepada negara.

Bagi meningkatkan kredibiliti MPN serta menampakkannya sebagai intelligensia negara yang bebas, strukturnya telah diubah menjadi MPN Inc. bermula pada 16 Disember 2014 setelah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Struktur organisasinya terdiri daripada Lembaga Pengarah, Sekretariat, 14 kluster dan 2 projek khas nasional serta 20 Majlis Profesor Universiti yang didalamnya merangkumi seramai 2579 orang profesor dari IPTA dan IPTS.


Positions:

1. Assistant Manager

2. Manager


Close date : 04 August 2017

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Profesor Negara - 4 August 2017"

Post a Comment