Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) - 24 July 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Jawatan Kosong 2017 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Sebelum merdeka Pejabat Tanah dan Galian Selangor terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor berpindah ke Shah Alam dan bangunan yang digunakan adalah Kompleks PKNS pada tahun 1978.

Apabila bangunan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri yang ada sekarang iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempurna dibina dan mula digunakan maka Pejabat Tanah dan Galian Selangor berpindah buat kali yang ketiga. Perpindahan ini berlaku pada bulan April 1983. Baca lagi..


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia kelahiran Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu;

b) Berumur 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2017


Klik Muatturun Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment