Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPSNS) - 16 August 2017

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPSNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPSNS)

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPSNS)


Latar Belakang

Penubuhan JPS seawal abad ke -20 iaitu pada tahun 1913, dimana awal penubuhan ia merupakan cawangan di dalam JKR yang dinamakan sebagai Cawangan Tali Air dan fungsinya adalah untuk menangani penyelidikan hidrologi.

Pada Tahun 1920, cawangan ini telah dirombak dan dinamakan sebagai Cawangan Hidrolik dimana bidang tugasnya adalah lebih luas daripada sebelumnya kerana ia melibatkan kerja-kerja ukur dan penyelidikan dalam usaha pemeliharaan sungai.

Mula ditubuhkan pada tahun 1932 dengan nama Jabatan Parit dan Taliair. Tugas utama adalah untuk memajukan tanah pertanian yang baru dan ianya dengan sekaligus memikul tanggungjawab pengairan dan saliran. Baca lagi..

Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor

Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 3 kekosongan

2. PEMBANTU AWAM H11 - 15 kekosongan


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang JPS.SEL.03/2/29-PSH. Borang boleh didapati di Ibu Pejabat JPS Negeri Selangor atau di JPS Daerah Kuala Langat/ Kuala Selangor/ Sabak Bernam. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di laman web JPS Negeri Selangor iaitu water.selangor.gov.my

b) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
i. Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
ii. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor
iii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

c) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat berikut: -
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
ii. Sekeping gambar terbaru berukuran passport
iii. Salinan Sijil Kelahiran pemohon;
iv. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
v. Salinan lesen memandu

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah menggunakan sampul saiz 23cm X 10cm. :-

PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 5, BLOK PODIUM SELATAN
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40626 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

e) Sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan & penempatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2017 (Rabu).