Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 25 August 2017

Jawatan Kosong 2017 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan Kosong 2017 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) www.banyakjawatan.my


Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Baca lagi..


Jawatan:

1. PENOLONG SETIAUSAHA (PEGAWAI) GRED 41
KOORDINASI ANTARABANGSA
- DASAR
- ADUAN DAN PEMANTAUAN
- KOMUNIKASI KORPORAT
- UNIT SUMBER MANUSIA

2. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

4. PENOLONG SETIAUSAHA (PEGAWAI) GRED 41


Cara memohon:

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri (resume) beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 25 Ogos 2017 kepada:

Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Pejabat Pengerusi SUHAKAM
Tingkat 12, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah