Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 24 September 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) www.banyakjawatan.my


History

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 24 September 2017. Link admin sediakan di bawah.

ii. Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh menghadiri temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan. Sila pastikan alamat email
masih aktif dan boleh digunakan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Post a Comment