Jawatan Kosong di Pustaka Negeri Sarawak - 2 October 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Pustaka Negeri Sarawak - 2 October 2017

Jawatan Kosong 2017 di Pustaka Negeri Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pustaka Negeri Sarawak

Jawatan Kosong 2017 di Pustaka Negeri Sarawak www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Terletak dalam taman dan berhampiran Masjid Jamek Negeri dan Taman Minaret di sebelah barat, Pustaka Negeri Sarawak merupakan satu lokasi yang sesuai untuk pembelajaran. Di samping itu reka bentuk dalaman Pustaka berstruktur moden abad ke-21 dan reka bentuk luarannya ramah alam sekitar.

Taman Pustaka meliputi tasik, tempat riadah, pameran kesenian, taman permainan, kawasan perkelahan, tempat pejalan kaki dan laluan basikal serta taman bunga.

Pustaka merupakan padanan yang sesuai antara seni bina dan teknologi maklumat yang mengagumkan. Suasananya menarik dan sesuai kepada pencari maklumat dan pengetahuan. Kemudahan lain yang disediakan untuk pengguna terdapat di tingkat bawah dan atas.


Jawatan:

1. PUSTAKAWAN, GRED S41 - 4 kekosongan

2. PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29 - 4 kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 1 kekosongan

4. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W29 - 1 kekosongan

5. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - 2 kekosongan

6. PENOLONG JURUAUDIT, GRED W29 - 1 kekosongan

7. PEMBANTU PUSTAKAWAN, GRED S19 - 1 kekosongan


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah secara bertulis beserta dengan butir-butir peribadi (Curriculum Vitae atau Resume) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan- badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Oktober 2017 (Isnin)

0 Response to "Jawatan Kosong di Pustaka Negeri Sarawak - 2 October 2017"

Post a Comment