Jawatan Kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) - 23 & 24 September 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) - 23 & 24 September 2017

Jawatan Kosong 2017 di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

Jawatan Kosong 2017 di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) www.banyakjawatan.my


Sejarah TLDM

Semasa kemerdekaan diisytiharkan, Persekutuan Tanah Melayu hanya mempunyai beberapa buah battalion Pasukan Askar Melayu yang dianggap masih belum cukup untuk tujuan pertahanan. Walaupun pada masa itu kerjasama British dalam bidang pertahanan masih diteruskan, tetapi pemimpin-pemimpin Persekutuan berusaha untuk melengkapkan pasukan tentera yang dianggotai oleh anak-anak tempatan, Kerajaan Persekutuan juga telah lama bercadang untuk mengambilalih Pasukan Royal Malayan Navy dari Singapura untuk tujuan pertahanan perairannya. Pendirian tersebut mendapat sokongan dari semua golongan rakyat di Tanah Melayu, terutama di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Dalam hal ini kerjasama dari para pemimpin Singapura juga telah diminta untuk sama-sama menyedari hakikat bahawa Tanah Melayu tidak kesanggupan menubuhkan satu pasukan tentera laut yang baru. Malah sekiranya Tanah Melayu diserang dari luar, ia terpaksa meminta bantuan dari negara sahabat yang mempunyai tentera laut yang kuat seperti Britain.

Apa yang pernah dibayangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu dan Singapura pada masa itu,bahawa kerajaan Persekutuan ingin membentuk sebuah pasukan tentera laut yang sederhana tetapi cukup lengkap dan dapat mengawal kawasan pantai negara. Perbincangan seterusnya mengenai penyerahan Royal Malayan Navy telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura. Beberapa perkara telah dipersetujui pada dasarnya dan segala butir-butir persetujuan telah disusun semula untuk melaksanakan satu perjanjian sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua-dua pihak. Pada 17hb April 1958, Ketua Menteri Singapura Encik Lim Yew Hock sewaktu pulang ke Singapura setelab membincangkan perkara tersebut di Kuala Lumpur, telah membayangkan bahawa rundingan lanjut patut dilakukan oleh Menteri Pertahanan Persekutuan Date' Abdul Razak dengan Ketua Setiausaha Singapura E.B. David..


Jawatan:

1. PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI & ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT PSSTLDM


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat melalui poster di bawah untuk mengetahui syarat dan untuk memohon.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 & 24 September 2017

0 Response to "Jawatan Kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) - 23 & 24 September 2017"

Post a Comment