Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor - 12 Oktober 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor telah ditubuhkan   pada 1 Januari 1958,  iaitu selepas tujuh (7) tahun Jabatan Perancangan Bandar Desa bagi Semenanjung Malaysia diwujudkan. Jabatan ini pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Kampong, Wilayah Selatan yang berpejabat di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Ia berfungsi untuk memberi khidmat perundangan dan perancangan di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor

Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DDESA GRED JA29


Cara memohon:

(a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PMJ/PER/01 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang http://jbbd.johor.gov.my atau dikaunter PLANMalaysia@Johor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor), Tingkat 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang, 79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan salinan sah:

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran;
iii. Sijil-sijil Persekolahan;
iv. Kelulusan Akademik; dan
v. Sekeping gambar berukuran pasport;

(c) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimasukan ke dalam sampul surat yang berukuran 10” x 13”. Sila catatakan jawatan yang dipohon disebelah kiri bahagian atas sampul surat.

(d) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sessi temuduga;

(e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Oktober 2017 (Khamis) jam 2.30 petang.

(f) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

(g) Sila kemukakan permohonan ke alamat berikut:

PENGARAH
PLANMalaysia@Johor
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor),
Tingkat 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646 Kota Iskandar,
Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
(u/p : Bahagian Pentadbiran)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment