Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017

Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam.

Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor

Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN – W27
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Syarat lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

4. Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian perbankan atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan iaitu pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat;

6. Berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)dan berkemahiran mengendalikan sistem UBS;

7. Mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan

8. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan:

a. Surat Permohonan;
b. Profil Peribadi / Resume;
c. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
d. Salinan sijil akademik dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan; dan
e. Sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan).

2. Sila hantar permohonan kepada:

YAYASAN KUIS
ARAS 1, BANGUNAN PENTADBIRAN,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS),
BANDAR SERI PUTRA,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-8911 7022 / 8911 7094
EMEL: yayasan@kuis.edu.my

3. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dalam tempoh 1 BULAN selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 November 2017 (Jumaat)

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017"

Post a Comment