Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 2 November 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 2 November 2017

Temuduga Terbuka 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk menghadiri temuduga terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Temuduga Terbuka Terkini 2017 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

History

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.


Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN


Tarikh temuduga terbuka 1:
02 November 2017 / Khamis


Masa:
Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 9:00 - 11.00 pagi)

Sesi petang : 2.30 petang hingga 4:40 petang
(pendaftaran dibuka mulai 2.30 petang – 3.30 petang)


Lokasi Temuduga:
Dewan Besar PTPTN, Tingkat 1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR


Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :

  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
  • Perwatakan menarik.
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (muatturun melalui link di bawah) yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

b) Salinan Surat Beranak pemohon;

c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Salinan lesen memandu; dan

e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.


Catatan Am

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.


0 Response to "Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 2 November 2017"

Post a Comment