Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 10 December 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 10 December 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.banyakjawatan.my www.banya

Pengenalan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).

Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANGUNDANG GRED L41(KONTRAK).

2. PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH GRED 41(TERBUKA)(TETAP/KONTRAK).

3. PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED DG41 (KONTRAK).

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19 (KONTRAK).

5. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41.

6. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)- PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED DG41.


Cara membuat permohonan:

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://gs.mpm.edu.my/eperjawatan (link memohon admin sediakan di bawah)


Catatan Am:

(a) Permohonan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat akan ditolak.

(b) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Disember 2017 (Ahad).

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 10 December 2017"

Post a Comment