Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 15 November 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Cawangan.

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Sejarah

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967.

Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej

Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

3. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41

4. JURUTERAPI PERGIGIAN U38

5. JURUTERAPI PERGIGIAN U29

6. JURURAWAT U29

7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

8. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29

9. JURUPULIH PERUBATAN U29

10. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29

11. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29

12. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

13. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 

14. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

15. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

16. PEMANDU H11

17. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 


Cara membuat permohonan:

a. Bukan Staf UiTM

i) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 November 2017 hingga 15 November 2017 dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii) Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Staf UiTM sahaja

Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal IStaf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2017 (Rabu).

Post a Comment