Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia - 31 January 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Institut Integriti Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Institut Integriti Malaysia

Latar Belakang

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.


Jawatan:

1. SETIAUSAHA


Syarat-syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut :

(i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred 29: RM1,493.00); atau

(ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred 29: RM1,770.95)

(c) Bebas daripada sebarang rekod jenayah.

(d) Lain-lain :

(i) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(ii) Mempunyai sikap yang positif, berintegriti, proaktif, bertanggungjawab, berdedikasi dan berdaya tahan.


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (Borang Permohonan Jawatan) yang boleh muat turun di laman web http://www.integriti.my atau muatturun borang melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Integriti Malaysia
Menara Integriti
Persiaran Tuanku Syed Sirajudin
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p : Unit Sumber Manusia)


Tarikh Tutup Permohonan : 31 January 2018


Post a Comment