Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 27 December 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 27 December 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Perak
Jawatan:

1. ARTIS BUDAYA GRED B19 - 6 Kekosongan


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh di muat turun daripada laman web Majlis Bandaraya Ipoh www.mbi.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah:

b) Permohonan hendaklah disertakan:-

i) Sekeping gambar terkini berukuran paspot/kad pengenalan; (dilekatkan pada borang permohonan);

ii) Sekeping gambar penuh terkini berukuran 4R;

iii) Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir; (disahkan)

iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; (disahkan)

v) Salinan Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional; (disahkan) dan

vi) Lain-lain sijil yang berkaitan; (disahkan)

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 27 December 2017


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 27 December 2017"

Post a Comment