Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) - 3 January 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu.Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Terletak kira-kira 40 Km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Daerah Huru Terengganu ).

Like Page Khas - Kerja Kosong Terengganu
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 2 Kekosongan

2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 - 1 Kekosongan


Cara-Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:

i) Kad Pengenalan yang disahkan.

ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan.(Salinan transkrip keputusan TIDAK DITERIMA)

iii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).

iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama permohonan tersebut.

(d) Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).

(e) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh MDHT selewat‐lewatnya sebelum atau pada 3 Januari 2018 (Rabu) Jam 5.00 Petang.

(f) Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

(h) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.

(i) Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon‐calon yang akan menghadiri temu duga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Januari 2018 (Rabu) Jam 5.00 Petang


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment