Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 5 January 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 5 January 2018

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 



Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Cara memohon:

Pemohon hendaklah menghantar sesalinan Curriculum Vitae ke alamat berikut:

KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.
(JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR)

atau boleh diemel ke btu_spj@upm.edu.my


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Januari 2018


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 5 January 2018"

Post a Comment