Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - 25 Mac 2018 [415 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - 25 Mac 2018 [415 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Imigresen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia

Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Imigresen Malaysia

Mengenai Kami

Pada awal sebelum Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.

Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan 'Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States'. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai "Refugees and Displaced Persons Bureau" yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas di luar Negara akibat Perang Dunia Kedua.



Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  SPM/SVM/SKM

1. PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 - 415 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Imigresen Malaysia seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11:59 malam


0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - 25 Mac 2018 [415 Kekosongan]"

Post a Comment