Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 30 Mac 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 30 Mac 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)


Latar Belakang

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari  1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak  1hb. Januari  1986 di bawah Akta  171,  Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.

Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj  bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.

Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang  adalah seluas  78,761 hektar (787.61 km persegi).

Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan  yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

3. PENOLONG JURURUKUR BAHAN JA29

4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

7. PENOLONG JURUTERA JA29

8. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19


Cara memohon:

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. (atau melalui link admin sediakan di bawah)

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

i . Salinan Kad Pengenalan.
ii . Sijil Kelahiran.
iii . Sijil-sijil Persekolahan.
iv . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

3. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

4. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

5. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

6. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

8. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mac 2018 (Jumaat)

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 30 Mac 2018"

Post a Comment