Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 9 Mac 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 9 Mac 2018

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya


Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya
Jawatan:

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,281.86)


Cara memohon:

a) Borang permohonan didapati daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dengan mengisi permohonan jawatan di sistem e-jawatan di laman sesawang: http://www.wipers.gov.my; atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Borang permohonan yang telah dicetak dari sistem e-jawatan hendaklah dihantar ke Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sijil kelayakan pendidikan, sekeping gambar berukuran passport dan lain-lain sijil jika berkaitan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan :  09 Mac 2018 (Jumaat)

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 9 Mac 2018"

Post a Comment